Configure HTML/JavaScripf

Thursday, January 21, 2016

Karangan SPM 2016....Amalan gaya hidup sihat masyarakat kita?






Image result for gambar amalan gaya hidup sihat




Masyarakat Malaysia kini mula sedar akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat  dalam usaha menjaga kesihatan diri.
Jelaskan amalan gaya hidup sihat ini.

Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan satu corak kehidupan yang baik dalam diri seseorang itu. Antara contoh gaya hidup sihat ini meliputi aspek pemakanan yang betul dan mengamalkan senaman yang berkala. Media massa telah banyak kali menyiarkan berita tentang gaya hidup sihat ini kerana sudah ada kajian yang menyatakan bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia semakin bertambah. Jelaslah, ada banyak gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh masyarakat Malaysia.

Aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani satu kehidupan yang sihat. Rakyat telah banyak kali diingatkan bahawa mereka hendaklah mengambil diet yang betul terutama mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka itu. Pemakanan yang seimbang memastikan tubuh badan menerima semua khasiat yang diperlukan untuk menangkis kehidupan zaman moden yang penuh dengan masalah ini. Jadi, diet yang baik menjadikan kehidupan seseorang manusia itu lebih sihat untuk jangka masa yang panjang.

Selain itu, pemeriksaan doktor yang berkala untuk menjamin satu kehidupan yang sihat.  Langkah ini baik untuk diamalkan agar pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak doktor itu mampu untuk mengesan sebarang simpton awal penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia pula. Kejayaan mengesan penyakit berbahaya pada peringkat awal memastikan cara pencegahan dan rawatan yang terperinci mendatangkan impak yang positif kepada kesihatan seseorang itu. Sesungguhnya, sikap suka bertemu dengan doktor menjadi satu ciri utama untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Bukan sahaja diet yang seimbang dan pemeriksaan doktor tetapi senaman yang berjadual juga memainkan peranan utama dalam kehidupan yang sihat. Senaman setiap pagi atau petting menjamin peluh keluar daripada badan dengan banyaknya. Keadaan ini menyebabkan semua toksik badan keluar dan tekanan stres yang dialami terus dapat dihilangkan jua. Oleh itu, senaman menjadi aktiviti yang paling baik untuk memiliki satu gaya hidup yang baik buat manusia.

Malah, rehat yang cukup juga memainkan peranan penting dalam gaya hidup yang sihat ini. Manusia perlulah berehat antara 6-8 jam sehari dengan tidur yang berkualiti dan juga kaedah rehat yang lainnya. Manusia memerlukan rehat kerana ketika rehat inilah seluruh sistem badan manusia akan mampu memulihkan tenaganya untuk meneruskan kehidupan pada esok harinya. Jadi, rehat yang meliputi tindakan yang berbeza daripada kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang itu boleh memberi pemulihan tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia.

Aspek pemikiran minda juga hendaklah positif jika manusia ingin memiliki gaya hidup yang sihat ini. Pemikiran positif ini penting kerana kehidupan zaman modern begitu banyak tekanan baik di pejabat dan juga di rumah bersama-sama alam kebendaan yang begitu ketara itu. Mereka yang memahami diri sendiri dan melihat sesuatu peristiwa itu dengan persepsi yang positif sudah pasti akan mampu menerima cabaran hidup dengan lebih matang lagi rasional. Sesungguhnya, minda yang positif sahaja mampu mengatasi tekanan kehidupan moden yang begitu mendesak ini.


Kesimpulannya, semua langkah tadi membuktikan satu gay a hidup yang sihat boleh dicapai oleh manusia. Kerjasama semua amat diperlukan terutama kesedaran diri sendiri agar kesihatan menjadi keutamaan dalam hidup semua pihak. Kegagalan untuk bertindak dengan segera bakal menyaksikan masyarakat kita searing dilanda penyakit demi penyakit yang boleh membawa impak buruk pula. Slogan badan cergas otak cerdas membuktikan betapa pentingnya aspek kesihatan dalam diri manusia yang ingin sejahtera kehidupannya.

Thursday, January 7, 2016

KEPENTINGAN KONSEP 1 MALAYSIA


Image result for i malaysia








  Saban hari masyarakat dihidangkan dengan berita tentang konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Konsep
ini bukanlah suatu perkara baru, sebaliknya merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan untuk memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara yang sudah
dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

  Konsep ini diilhamkan berdasarkan keadaan berbilang kaum hidup dengan aman di Malaysia serta prinsip ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Konsep ini bertujuan menjana perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia dan melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu. Konsep 1 Malaysia dikatakan signifi kan kerana konsep ini dapat menghapuskan perselisihan faham antara kaum serta dapat merapatkan hubungan antara kaum.

  Misalnya orang Cina dapat lebih memahami tentang budaya dan adat resam orang Melayu jika hubungan rapat diwujudkan di antara mereka. Secara langsung, perselisihan faham di antara kaum juga dapat dihapuskan. Selain itu, konsep 1 Malaysia turut memajukan ekonomi di negara Malaysia. Hal ini disebabkan keadaan perpaduan yang dilahirkan daripada konsep 1 Malaysia akan menarik pelabur atau syarikat luar negara untuk melabur di Malaysia.

   Di samping itu, konsep 1 Malaysia juga dapat menjana transformasi di Malaysia. Kebanyakan penduduk di desa mempunyai fi kiran yang kolot serta lama. Jika konsep 1 Malaysia dapat ditanam di kalangan mereka, mereka akan dapat menerima transformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan.Selain itu, dalam konsep 1 Malaysia, semua rakyat tidak mengira kaum boleh mendapat bidaan projek pembangunan kerajaan dengan adil dan saksama.

  Seterusnya, indoktrinasi konsep 1 Malaysia turut akan menjamin keadaan politik stabil di Malaysia. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka. Hal ini kerana keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap kamus kehidupan pemimpin mahupun rakyat.

   Rentetan itu, konsep 1 Malaysia ini pun boleh melahirkan pemimpin yang berwibawa serta menitikberatkan perpaduan di Malaysia pada masa kelak. Hal ini disebabkan kanak-kanak hari ini yang disemaikan dengan konsep 1 Malaysia berkemungkinan menjadi seorang pemimpin pada suatu hari nanti. Disebabkan konsep 1 Malaysia yang telah disemaikan sejak kecil, mereka akan menghormati adat resam kaum lagi.

  Secara langsung, rakyat akan dipengaruhi oleh sikap pemimpin tersebut serta mengambilnya
sebagai teladan dalam kehidupan. Dengan ini, perpaduan antara rakyat dapat dikekalkan selama-lamanya.

  Akhirnya, reputasi negara Malaysia dapat dipertingkatkan melalui konsep 1 Malaysia. Warren Edward Buffett, seorang pelabur yang terkenal di dunia pernah berkata “anda memerlukan lebih daripada 20 tahun untuk membina reputasi tetapi untuk memusnahkannya, anda hanya memerlukan masa lima minit”. Oleh itu, adalah mustahak bagi kita untuk menjaga reputasi negara. Konsep 1 Malaysia yang menjana perpaduan memang dapat mengharumkan nama Malaysia.

  Deduksinya, konsep 1 Malaysia adalah mustahak bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Oleh itu, konsep 1 Malaysia perlu didukung semua pihak untuk memacu negara ke peringkat yang lebih tinggi. Diharapkan semua rakyat Malaysia berganding bahu untuk berusaha agar konsep 1 Malaysia menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata sahaja.









Aku Sebuah Komputer












   Aku sebuah komputer. Aku bernama Acer. Aku diperbuat daripada kaca,plastik,komponen-komponen elektronik, besi dan sebagainya. Aku berwarna putih dan bentuk aku ialah segi empat. Aku juga mempunyai beberapa anak seperti tetikus,papan kekunci, CPU dan lain-lain. Aku dilahirkan di Tokyo, Jepun.

 Setelah siap diperbuat,aku dihantar ke sebuah kedai komputer yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.Aku dipamerkan di atas meja. Aku juga mempunyai beberapa kawan seperti Samsung, HP, Apple, Dell, dan sebagainya.Harga aku adalah RM 2500.00.

  Pada suatu hari, seorang gadis yang cantik telah datang ke kedai tersebut. Setelah dia melihat-lihatkomputer-komputer di sini, dia memilih aku. Selepas dia membayar hargaku, dia pun membawa aku pulang ke rumahnya. Namanya Soo Ai Ling. Dia bekerja sebagai seorang akauntan.

  Aku selalu membantu tuan aku menyelesaikan tugas pejabatnya. Pada hujung minggu, tuan aku melayari internet, menghantar e-melmendengar lagu dan menonton video dengan menggunakan aku. Aku selalu dipuji oleh kawan-kawan tuan aku kerana aku cantik dan berkualiti. Aku diletak di dalam bilik. Aku juga selalu dilap oleh tuan aku pada hujung minggu. Oleh itu aku kelihatan bersih selalu.

   Pada suatu hari, ketika tuan aku sedang melayari internet, badanku dimasuki virus. Kemudian, aku rosak.Aku dihantar ke kedai untuk dibaiki. Akhirnya, aku pulih semula.
Aku berasa sangat gembira kerana dapat berkhidmat untuk tuan aku selama-lamanya.
Beginilah riwayat hidupku sebagai sebuah komputer.